BERDAMAILAH DENGAN TAKDIR


"Berdamailah dengan takdir" satu frasa yang mudah untuk diperkatakan tapi bukan mudah diikhlaskan. Mungkin pada orang kita terlalu mengikutkan emosi sedangkan hanya yang merasai yang menanggung betapa sakitnya menerima keadaan yang tidak seiring dengan harapan. 

Mungkin di akhir penantian ini, kita perlu menerima dan mengikhlaskan segalanya. Penantian selama ini menimbulkan tanda tanya perlu diakhiri. Perlu dilepaskan segala pegangan mahupun genggaman kerana jika bukan ia milik kita, sekuat mana pun kita menggenggam rasa itu takkan pernah mampu melawan kuatnya takdirNya. 

Aku tahu Dia Maha Mengetahui. Aku tahu Dia Maha Adil. 

Aku ikhlaskan dia pergi. 
Aku doakan dia bahagia dengan pilihan dia.


Damailah hati. Berdamailah dengan takdirNya.

Comments

Popular Posts