Bahagia atau... tak?
Apa itu erti bahagia? Perlu dikejar atau perlu dirasai? Atau kita terlalu ego atau takut untuk rasa bahagia itu? Ya la dulu orang-orang tua selalu pesan " jangan gembira sangat nanti nangis". Orang tua mana lah yang wujudkan phrasa ni? Rasa nak marah pun ada, sebab buat orang rasa takut nak rasa kebahagiaan takut hilang sekelip mata. Aku? bahagia? mungkin ya. mungkin tidak. dan mungkin jugak aku terlalu biasa dengan keadaan biasa sehingga aku lupa nak tentukan aku bahagia atau tidak. Walaupun perkara yang aku selalu harapkan adalah aku temukan bahagia tapi aku sendiri taktahu definisi bahagia itu apa?
Definisi bahagia pada setiap orang berbeza. Ada yang bahagia dia simple. Ada orang bahagia dia apabila dia menjadi kaya berharta, ada orang bahagia bila ada suami, anak dan keluarga disampingnya. Aku? mungkin bila aku bersama keluarga aku. Ayah, adik, abang, kakak dan anak2 buah ada didepan mata aku. Ya. sebab itu harta yang tinggal. Yang sentiasa menanti kepulangan aku. Priority aku dekat dunia. Lepas Mama pergi, separuh jiwa aku hilang hinggakan aku sendiri lupa cara nak rasa bahagia. Berbulan aku lost. aku hilang arah sebab aku hilang Mama aku selamanya. hinggakan hari-hari berlalu umpama jasad tak bernyawa. Aku gagahkan diri untuk tempuh semuaa akhirnya bila aku pandang ayah aku. Ya. Ayah sumber aku untuk terus berjuang sekarang. Untuk bahagiakan dia. Bahagia aku? bila ayah aku happy. Ketawa. itu la bahagia aku.
Kalau nak dibandingkan life aku dulu dengan sekarang, memang jauh beza. Dulu hidup aku penuh dengan kawan-kawan. Gelak tawa tak pernah lekang dari wajah aku. Ceria. Ada masalah pun aku masih boleh bergelak tawa. Sekarang, dikelilingi kawan pun aku masih rasa terasing. Hilang punca. Tiba-tiba menghilang disebalik keriuhan orang-orang disekeliling aku. Mungkin aku terbiasa dengan kehidupan aku yang merantau seorang. Ya, aku perantau di negeri orang demi mencari rezeki untuk keluarga di kampung. Ditempat yang sangat asing. Dimana aku tak punya kawan. Tak punya tempat untuk berteman. Mungkin aku terlalu terbiasa dengan keadaan ni. Dekat 3 tahun aku merantau negeri orang. Pergi kerja. Balik kerja. Itu life aku. Makan sorang-sorang di kedai tu dah jadi habit. Tapi kadang-kadang aku bersosial jugak dengan rakan kerja. cuma sekadar rakan kerja.
Member? Geng? BFF? mereka semua dah ada karier dan keluarga baru masing-masing. Makin ramai menamatkan zaman bujang. Yela umur pun da menghampiri 27. Pasti semua berlumba menamatkan zaman bujang. Masing-masing punya waktu hanya untuk keluarga tapi sedikit pun aku tak rasa kecil hati. Mungkin ini la dinamakan dewasa. Dimana teman-teman yang dulu nya menjadi peneman dan tempat mencurahkan segala isi hati, kini menyepi. Desakan menjadi dewasa. Mungkin ini menjadi sebab aku kembali menulis setelah aku meninggalkan hobi ini bertahun lama. Tapi masing-masing bahagia dengan kehidupan masing-masing itu yang aku mahu kan.
Walau apa pun definisi dan cara bahagia kita, aku berharap kita semua bahagia dengan cara kita.
Comments