Tidak Pernah Memiliki
Mungkin pada orang satu tindakan gila jika kita masih mencintai seseorang yang tak mungkin kita miliki bertahun lama. 7 tahun bukan satu tempoh yang pendek untuk kita. 7 tahun masih tersimpan rapi nama seseorang yang tak mungkin kita miliki. Adakah ia tindakan bodoh kita? atau kita hanya mengikut kata hati? 2 tahun aku meletakkan usaha untuk memilikinya tapi yang aku jumpa hanya titik buntu. Mungkin aku ego atau menerima takdir? Aku berhenti mencari jawapan pada tahun ketiga kerana pada aku jawapan dah jelas lagi nyata bahawa dia bukan untuk aku. 5 tahun berlalu dan aku masih disini tidak pernah sedikit pun melupakan kenangan kita walau dalam kesibukan hari-hari mendatang. Pada aku dengan kesibukan aku dan membiarkan semua berlalu buat aku lupa dan terpadam segala perasaan yang ada tapi itu hanyalah cara untuk aku tidak memikirkan dan mengingati si dia. Berkali aku bertanya bagaimana cara untuk aku melupakannya. Mana mungkin aku menemukan jawapan jika hati aku masih tersemat. Kata orang melupakan perlu permulaan. Mula membuka hati pada insan lain tapi apakan daya hati ini tak pernah sedikit pun berpaling tadah dari nama si dia hingga aku meletakkan awal noktah pada permulaan yang baru hanya kerana aku takut hati aku tetap tidak mahu melepaskan si dia dan bakal mengecewakan insan yang tak bersalah.
mungkin aku akan melepaskan dia pada saat dia menjadi milik orang.
Comments